Daun semalu dan anak dara [ April 23rd, 2009 ] Posted in » Nasihat

Di sini saya ingin berkongsi cerita yang dapat timba sewaktu mendengar kelas agama dari KAGAT. Ceritanya bermula begini, sedang Rasullulah SAW berjalan bersama anaknya Fatimah Az Zahra. Sedang elok berjalan Fatimah tersepak batu dan tercucuk duri semalu. Lantas dengan itu Fatimah mengadu kepada Rasullah SAW. Di sini terdapat pembelajaran mengenai pokok semalu. Apa yang menariknya mengenai semalu kepada golongan wanita sama ada janda ataupun dara dapat dilihat melalui 4 idea ini.
1. Malu - Apabila disentuh pohon semalu ini, daun-daunnya akan kuncup. Bagi wanita, perasaan ini perlu ada di dalam diri mereka.
2. Duri - Ilmu mempertahankan diri.
3. Akar yang kuat - Keimanan yang tinggi sehingga akar umbi.
4. Menguncup dikala waktu senja - Tidak keluar rumah selepas waktu senja.
p/s: Ini kata-kata oleh seorang ustaz yang mungkin boleh dijadikan iktibar di dalam hidup kita seharian khusus kepada golongan Hawa.
